CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 3, 2009

pahit MaNis KenangaN LiLy..
salam!!waa..akhirnya...dpt gak buka blog nie..huhuhu..lawakkan?password sendiri pun xingat huhuhu..pejam celik, pejam celik dh nak masuk 2 bln lbh dah lily xnulis dlm blog nie..nk kata bz nga study xla sgt, tp membzkan diri je..byk benda yg terjadi dlm hidup lily dalam sem nie..ada yg manis, ada yang pahit..mcm las, biasa la 2 asam garam hidup..huhuhu.. 3 Februari 2009 nie merupakan hari yang plg paling dalam hidup lily..knpa la segelintir manusia nie malas nk cari duit n suka je maragut?huhuhuhu..2 la yg terjadi pd lily..lily n kwn telah menjadi mangsa ragut pada hari 2..kisahnya bermula camnie, lepas abis test, dalam pkul 4.30 ptg,lily ngan kwn lily nk pi tesco kt sg 2 tuk cari brg2 keperluan harian sket..mase lily otw nk masuk cbg tesco, tiba2 dtg sebuah muto n ragut beg lily yg ada dlm raga muto lily. lily pom xtau bile mase dia dtg nga tiba2..lily rase bengang sgt mase 2..lily pom kejar la muto 2..jauh gak la,.dalam 3 km dari usm..tp nasib lily malang sgt aritu..wlaupun dh kejar, namun lily xdpt gak tangkap peragut yang huhuhu..SEDIH sgt..abis brg lily di ambilnya, dah la brg yang ada dlm beg 2 amat bermakna bg lily..mungkin xde rezeki lily kot..lily bersyukur sgt2, walaupun lily xdpt tgkap si paragut 2, tp lily n kwn2 xcedera apa2..alhamdulillah..tq kwn2 coz susah payah tlg lily aritu cari beg lily yang peragut letak dlm tong sampah..walaupun xjumpe, tp lily rase terharu sgt2, coz ada yg sudi tlg lily n bersama lily tika dlm kesusahan.huhu..betapa bernilainya sebuah persahabatan kan..prnah dgr x lagu akrab persahabatan?lily xtau nape sjk 2 mnjak nie, lily suka sgt nga lagu 2..btul2 mengajar erti persahabatan sebenar..tp alhamdulillah, sume dh selesai..lily syg sgt kt kwn2 lily yg sentiasa memberi semangat n memahami lily..tq sgt2!!tanpa kwn2 mesti hidup kita xbermakna kan?tp kita mestilah sama2 memberi n same2 menerima seadanya kan!walau ape pun, lily bhgia sgt skrg nie..heee..

Friday, January 2, 2009

TANGISAN SEBUAH PERJUANGAN....

Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji..Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan
Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia
Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas
Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri
Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa
Jangan Bersedih Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan
Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira
Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah
Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya
Jangan Bersedih, Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi

MUHASABAH DIRI..
salam..hye!!dah lama rasanya ely xmenulis dlm blog nie..huhuhu.. rasanya x terlambat lagi untuk ely ucapkan "slmt thn baru' utk kwn2 sume.. thn baru nie mesti sume dgn azam yang baru, perjuangan yang baru, niat yg baru, n sume la...dgn matlamat yg suci iaitu ingin berjaya dlm hidup n skali gus berbakti kepada agama, negara, nusa dan bangsa.. terdapat berbagai cara yg dapat dilakukan utk merealisasikan impian msg2 dgn kemampuan diri sendiri.. ely tlh terbaca 1 artikel yg kwn ely bg..n ely rase ely patut berkongsi ngan kwn2 sume..bak kata org, sedikit ilmu yg kita ada klu kita sama2 kongsi ngan sume, akan bertambah bykla..kita xrugi sebenarnya..kan?ely tertarik ngan artikel nie coz ia dpt memberi smgt n kekuatan utk kita sume..

"HIDUPLAH DEMI SESUATU YANG TINGGI DAN MULIA"
sblm itu, bermuhasabahlah, kenal pasti diri kita?di manakah kita?adakah kita hidup utk sesuatu yg tinggi dan mulia?cthnya t'dapat 2 golongan di sini:
1)seseorang yg ingin mendaki puncak tertinggi (katakanlah gunung Everest ke), tentu dia telah bersedia untuk menempuh pelbagai halangan spt serangga berbisa, nyamuk, onak dan duri dan sume nie mgkin xdianggap sbg masalah atau halangan krn jiwanya benar2 telah bersedia utk sume itu. sebahagian besar rintangannya mgkin dianggp biasa n ringan. bahkan jiwanya tlh bersedia utk sesuatu yg lebih besar n luar biasa sama ada t'jatuh, tersesat n patah kaki@tangan, kehabisan makanan, kelaparan berhari2 n sbgnya.. hatinya sentiasa membayangkan puncak yg bakal ditawannya kepuasan, kebanggaan, n segala mcm perasaan yg bakal dikecapinya. segala keupayaan fizikal dan mentalnya ditingkatkan dari smasa ke smasa. dia akan sentiasa memastikan kesihatannya baik dan sesuai dengan perjalanan yg bakal ditempuhnya..
2) seseorang yang hnya ingin berehat n xde apa2 yg inigin dilakukan selain tdo, mkn smbil berehat utk m'habiskan masa cutinya, x akan sggup utk berdepan ngan apa2 masalah. nyamuk terngiang2 d telinganya d tampar dgn penuh prasaan benci n marah. jika ada sedikit kekurangan n masalah, d hdpinya dgn penuh kekecewaan n sakit ati. kalau tiba2 bekalan air di rumahnya t'putus maka dia akan marah2 dgn wajah yg sgt xmenyenangkan. segala masalah kecil dianggap besar kerana jiwanya mengharapkan keselesaan, kerehatan dan kesenangan.

adakah kita nmpk perbezaan 2 golongan ni?apa yg membezakan 2 golongan ni?perbezaannya cuma 1 tetapi menghasilkan tingkah laku n sikap yg terlalu jauh berbeza. salah sorangnya "MENGHARAPKAN SESUATU YG TINGGI" manakala yg sorAng lg "MENGHARAPKAN KEMUDAHAN N KESENANGAN"...

yg membezakan kita adalah sesuatu yg kita cita2kan atau harapkan di dlm kehidupan kita. jika kita hidup untuk sesuatu yg tinggi n mulia, maka kita akan bersedia untuk berdepan ngan pelbagai masalah besar n berat. bahkan kita memandang ringan sesuatu yg dirasakan org lain sbg besar. tg terlintas difikirkan kita ialah cabaran n rintangan, maka kita sentiasa meningkatkan diri kita utk berdepan ngan apa2 yg bakal menghalang tercapainya cita2 kita itu.

bg seseorg yg hidup utk sesuatu yg bersifat rendah@murahan, maka persediaan jiwanya terlalu minima. dia akan kecewa hnya kerana 1 halangan kecil, dia merasakan besarnya sesuatu masalah hnya kerana tidak tercapainya keinginan dirinya. jiwanya sarat dgn kelemahan, ketidkpuasan, ragu n takut. kehidupannya dirasakan terlalu membebankan jiwanya. ketika hidupnya diselimuti kemewahan n kesenangan, maka gembira n bahagianya bukan kepalang tetapi apabila sekali sekala masalah melanda, maka ia tiba2 hilang keperibadian n arah tujuan lalu akan bertindak semborono tanpa mempedulikan hati dan perasaan org lain hingga lupa batasan antara haknya dan hak org lain. fikirannya sentiasa mencari jalan yg singkat utk menyelesaikan masalah yg sdg dihadapinya. jika jln singkat itu tidak ditemuinya, maka jiwanya menjadi terlalu lemah, harapannya hampir padam n keputusasaan menguasai dirinya.

Oleh itu, hiduplah untuk "SESUATU YG TINGGI DAN MULIA" agar kita memiliki ketinggian jiwa n harapan. kita xmampu mementukan rintangan hidup yg bakal kita tempuhi tetapi kita mampu menyediakan kekuatan jiwsa n mental untuknya. dgn persediaan ini kita mengatur usaha n harapan kita sambil kita melemparkan jauh2 segala kekecewaan n keputusasaan. kita sentiasa menanti hari esok dgn penuh harapan n persediaan..

Monday, December 22, 2008


PENYUBUR IMAN..
bagaimana syaitan memasuki hati manusia??
  • "TERlalu cintakan dunia sedangkan kehidupan di akhirat tiada lagsung di hatinya, baginya kehidupan hanya sekali sahaja iaitu di dunia..
  • Terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan kerana sifat ini akan mengeraskan hati.
  • Terlalu rakus kepada kehidupan dunia kerana ia akan membuahkan sifat tamak.
  • Bakhil dengan apa yang dimiliki dan yang diperolehinya kerana ia merupakan pintu kepada kesombongan.
  • Riya’, besar diri dan angkuh kerana ia merupakan punca kepada sifat kemunafikan.
  • Sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan berdendam.
  • Memandang remeh akan dosa-dosa kecil kerana ia akan mendorongkan lagi manusia berterusan dalam melakukan dosa kecil dikira sebagai melakukan dosa besar.
  • Merasa suka dan gembira bila mendapat sesuatu musibah atau azab dari Allah.
  • Memandang rendah kepada orang lain kerana sifat ini merupakan tapak bercambahnya sifat dengki dan membuka pintu kebencian.
  • Bodoh diatas setiap tindakan dan perbuatan tetapi tidak pula menyedari akan kebodohannya itu sebaliknya merasakan dirinya sentiasa betul.
  • Suka kepada pujian dan sanjungan kerana ia merupakan punca timbulnya sifat besar diri dan sombong.
  • Ketika sedang marah kerana marah itu merupakan bara api dari neraka.
  • Putus asa dengan rahmat Allah, sifat ini akan membuatkan seseorang merasakan dunia yang begitu luas ini terlalu sempit baginya, oleh kerana terlalu kecewa ia sanggup melakukan apa saja.

Friday, December 5, 2008

Rahsia tarikh lahir

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 +0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
(Jadi nombor lahirnya ialah 1)


1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru. - Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. - Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. - Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach


2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. - Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. - Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. - Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. - Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. -Merekasuka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. - Mereka sangat popular dan idealistik. - Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional. - Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. - Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. - Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. - Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. - Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. - Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis
Mereka adalah perintis. - Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). - Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. - Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. - Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. - Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. - Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. - Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. - Mereka sangat setia dan boleh menjadiguru yang terbaik. - Mereka suka seni musik. - Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. - Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. - Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. - Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. - Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. - Mereka sangat suka berahsia. - Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah. - Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. - Mereka selalu mempunyaiperancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. - Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. - Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. - Mereka sangat penyayang dan pemurah. - Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. - Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. - Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. - Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). - Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley, purnama17

Monday, December 1, 2008

hye!! salam perkenalan..
thanx 4 view my blog...nie bru blaja buat..hehehe..susah gak nk bt blog nie..ingatkan senang je..tp xpe, yg penting kite kena setiasa blaja utk cuba sesuatu yg baru.. kdg kala, kita kena blaja gak ikut p'kembangn IT..tul x?penting tue..HEHE..wpun bg org lain benda dh lame, tp kite kena gak amik tau.. bak kata org, kita xleh jadi mcm katak di bwh tempurung, biarkan katak udahlah duk bwh tempurung..kita xkan la muat duk bwh tempurung 2 kan..hehehe..tp apa yg PENTING..ma kite slalu ckp, kite kena try blaja bt something yg baru, kalu x sampai bile2 pun kite xkan berjaya.. ape2pun, sy doakan kengkawan semua sentiasa success dlm idup & sentiasa dirahmati oleh Nya.. amin.